Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram 1435 H

 saya sebagai penulis blog ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram 1435 H semoga tahun kemaren menjadi cerminan untuk melangkah yang lebih baik lagi ditahun ini , semoga amal amal kita ditahun lalu diterima oleh ALLAH SWT amin .
Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharram 1435 H




doa akhir tahun

doa akhir tahun
"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka"

doa awal tahun

doa awal tahun
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

doaku selama ini di dunia maya
 ya ALLAH maha besar dan maha pemurah tambahkanlah rezeki MU kepada hamba ini dan limpahkan rezeki MU dengan penuh keberkahan untuk dunia dan akhirat,
 ya ALLAH ampuni dosa hamba setahun kebelakang karena aku ingin membuka lembaran baru dan tak ingin menutup lembaran lama penuh dengan dosa ,
 ya ALLAH peringatkanlah kepada hamba melalui teman ataupun keluarga jikalau didunia maya ini hamba mengupload ataupun menulis yang tidak sewajarnya dengan agama islam yang hamba anut , hamba tidak mau memupuk dosa bila nanti hamba menunggalkan dunia ini karena bila hamba meninggal siapa yang akan menghapus uploadan dan tulisan hamba didunia maya ini yang akhhir nya nanti setiap orang yang membaca ataupun melihat uploadan hamba ,hamba akan selalu menerima terus menerus dosa walaupun nanti hamba sudah meninggal
 ya ALLAH karuniakan lah hamba isteri yang solehah dan anak anak yang soleh dan solehah
 ya ALLAH kabulkan lah
 amin

jangan berkomentar berbau SARA dan SPAM

Komentar disqus
Komentar Facebook